Monday, October 7, 2019

PROJEK PELAJAR JP

Penilaian projek pelajar Business Communication- Taman Herba Jabatan Perdagangan (7.10.2019)



Wednesday, January 9, 2019

JABATAN PERDAGANGAN


Jabatan Perdagangan (JP) merupakan jabatan akademik pertama yang ditubuhkan di Politeknik Muadzam Shah. Jabatan ini telah diwujudkan serentak dengan penubuhan Politeknik Muadzam Shah pada Ogos 2003. Jabatan Perdagangan diterajui oleh Ketua Jabatan, Puan Hasnida Binti Ismail dan dibantu oleh dua orang Ketua Program iaitu Puan Norleza Binti Lehat sebagai Ketua Program Pengajian Perniagaan (DPM) dan Encik Zainal bin Mat Il sebagai Ketua Program Akauntansi (DAT).

Jabatan Perdagangan mempunyai 18 tenaga pengajar yang berkelayakan bagi memastikan pengajaran dapat disampaiakn dengan sempurna dan disokong oleh seorang kakitangan sokongan bagi melancarkan lagi pentadbiran di Jabatan Perdagangan.

Jabatan Perdagangan Politeknik Muadzam Shah menawarkan dua program diploma preofessional iaitu Diploma Pengajian perniagaan (DPM) dan Diploma Akauntansi (DAT). Pengambilan pelajar dibuat 2 kali setahun iaitu pada Sesi Jun dan Sesi Disember setiap tahun. 

Fungsi dan peranan Jabatan Perdagangan adalah untuk menghasilkan tenaga kerja separa profesional yang berpengetahuan dan mahir untuk memenuhi keperluan industri dalam kajian perniagaan dan perakaunan. Pasca perpindahan ke bangunan politeknik yang baru yang terletak di Lebuhraya Tun Abdul Razak, Jabatan Perdagangan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan terkini seperti Bilik Pejabat Simulasi, Makmal Perakaunan, Bilik Keusahawanan, Bilik Seminar dan Pembentangan, Bilik Sokongan Perniagaan, Dewan Kuliah Mini, Bilik Kuliah dan sambungan Wi-Fi untuk memudahkan pentadbiran dalam merealisasikan pembelajaran pelajar.

Jabatan Perdagangan mempunyai kerjasama yang baik dengan Univerisiti Tenaga Nasional (UNITEN). Nota Persefahaman (NOU) telah ditandatangani pada 17 Julai 2012 sempena Karnival Keusahawanan dan Kerjaya PMS oleh Datuk Mohlis Bin Jaafar selaku Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Jabatan Pengajian Politeknik mewakili pihak Politeknik Muadzam Shah dan Prof Madya Dr Shaari Bin Mohd Nor yang merupakan Timbalan Naib Canselor bagi pihak Universiti Tenaga Nasional, Kampus Sultan Hj Ahmad Shah. Majlis tersebut juga telah disaksikan oleh Datuk Haji Omar Bin Abd Rahman iaitu Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.